khamis,6.00am
‘Allahuakbar2….’
Azan subuh berkumandang memecah kesunyian pagi itu.Embun2 pagi masih lagi setia menghiasinya.Tak pernah sekali untuk melanggar sunnah ini ,apatah lagi untuk melanggar perintahnya yang esa.Embun kali ini masih ditemani angin sepoi yang baru tadi terbang dari arah barat daya.Tenggara kembali tenang .Timur pula bersedia untuk menerima cahaya.Sunnah alam tetap pd arahannya.
Sedang di sebuah institusi perjalanannya tetap seperti biasa.Ada yang masih layu dibuai mimpi indah malam tadi .Ada pula yang masih kesamaran dalam meniti saat2 permulaan hari yang baru.Hari baru berdasarkan Kalendar baru masihi,sungguhpun di Hijrah sudah separuh perjalanan hari berlalu.
Disudut yang lain,Falah tetap seperti harinya yang biasa.Jam loceng telah diatur rapi malam sebelumnya terus berbakti untuknya.Hari ini jam itu bordering tatkala jarumnya menunjukkan pukul 4 pagi. Celik matanya masih lagi kemerah merahan.Luka semalam rupanya masih berdarah.Tidak hanya pada jiwa,malah anggota turut membenarkannya.
Semalam benar2 membuatkan falah celik.Bukan matanya yang celik,kerana sepasang mata itu sudah celik semenjak dari lahirnya dia kedunia ..Hakikatnya,hati kecil itulah yang telah celik.celik dari sesuatu.sesuatu yang pernah memejamkan hatinya..
‘berani anta cakap ana macam ni?’anta ingat anta tu mulia sangat ke?’…
‘falah…ana cume..’
‘sudahlah,kalau anta tak puas hati atau tak suka dengan cara ana..sila,anta boleh ikut jalan anta..cukup sampai sini..!’
‘falah,ana taknak persahabatan kita selama ini berr….’belum sempat saiful menghabiskan bicaranya,falah mencelah..
‘nah…ambik duit nih..kalau ini harga persahabatan kita selama ni!inilah harga yg ana akan bayar…’
Sehelai not rm50 dicampakkan falah kepada saiful.Saiful tergamam.Tidak mungkin ini adalah falah.bukan ini falah yang dikenalinya 10 tahun yang lalu.Dimanakah ukhuwah yang pernah dulu diagung2kannya?Dimanakah lemah lembut yang dulunya menjadi perhiasanya..?dimanakah senyuman manisnya dulu?Sayu mata saiful menghitung setiap langkah berpalingnya falah darinya.Deru tapak falah begitu angkuh sekali,seakan mereka berdua tidak pernah bersahabat sebelum ini.Sedikit demi sedikit falah hilang dari pandanganya.kabur..semuanya kabur..
Rm 50 itu dicapainya.Inikah harga persahabtan selama ini?.Bukankah dulu,Susah senang tak pernah berasing.Senyum tawa dan jerih payah tak pernah diasing.Tetapi ,basahnya nilai ukhuwah itu kini kering..
----------
Falah tidak boleh menerimannya.Baginya apa yg dilakukannya benar dan bertepatan dgn ajaran islam.Apakah islam itu sangat zalim.Apakah Allah itu sangat zalim?tidak!tidak sama sekali.Islam amat menitikberatkan kasih sayang.Kasih sayang inilah yg menjadi penyeri seluruh alam.Kerana kasih sayang inilah juga yang menautkan Ansar dan Muhajirin.
------
‘Ahhh..sudahlah saiful,anta sengaja dengki dgn ana.Semenjak dr dulu ana tahu niat jahat anta.Sudahlah tidak ada akhawat yg mahukan anta,anta pulak nak menyibuk2 ditepi kain orang.Benar la kata pepatah,kawan yg baik itu juga boleh menjadi musuh yg ‘Baik.’
---------
Falah juga masih mengingati dgn jelas setiap ungkapan yg dilafazkannya kepada saiful.
Saiful merupakan rakan baiknya semenjak mereka bersekolah rendah,sehinggalah kini mereka di tingkatan 5 Sek .Men. Islm. Mansoura.Dimana ade saiful disitulah adenye falah.Memang semua sudah maklum ttg keakraban persahabatan mereka berdua.Kepimpinan mereka berdua disekolah itu juga amat dihormati.Falah menjawat jawatan selaku Pengerusi Badar,manakala saiful selaku Ketua Nuqaba’ .Keserasian fikrah dan pemikiran mereka berdua bnyk membantu dalam melicinkan kepimpinan dan tarbiyyah disekolah itu.
Namun disebalik itu,tidak siapa tahu ade sesuatu yg gelombang berlaku diantara mereka..
---------------
‘falah,sebagai sahabat anta sekian lame,ana rase anta perlu berhentikannya falah.Niat tidak pernah menghalalkan cara.Ustaz Muhaimin juga selalu berpesan pd kite dulu,ingat tak?’
‘ana kagum dgn anta,ana respect dgn kerja dakwah yg anta buat.Tapi bukankah itu bersalahan dgn prinsip islam dan ajaran Rasul?’
--------
Inilah panahan ringkas dr saiful kepada falah pd malam semalam,seorang sahabat seperjuangan yg hanya menginginkan kebaikan untuk sahabatnye.Tetapi,Allah tetap dengan perancangannya.Buat kali pertamanya,falah seakan hilang pertimbangan.Tidak mahu sekali die menerima walau sedikit apa yg ingin disampaikan saiful.Baginya,dia tersilap menceritakan ‘kerja dakwah’ yg sedang dia lakukan.
Pukul 12.00am,
Falah menuju ke makmal computer.Hari ini jadual penggunaan makmal computer adalah untuk banin.Biasenye dia akan bersama2 saiful ,tapi hari ni tidak.Dia berseorangan ke sana.Wajah saiful menjadi terlalu asing untuknye selepas peristiwa malam itu.
‘Ding!’,seseorang menegurnya di window YAHOO MESENNGER.
‘assalamualaikum,falah’..
‘waalaikusalam,mira’.awak sihat?
‘sihat,Alhamdulillah.kebetulan awk online,sy pun tegurlah awak..takpe ke?’
‘takpe mira,yg penting awk bahagia dan ceria selalu’
‘hee,syg awk!’
‘mira,awk dah solat ke?,mathurat pg tadi bace tak?’
Adam dan hawa terus disatukan di 30minit dlm dunia jarak yg berbeza.Tapi hati dekat seperti orang yg bercinta.Dua pasang tangan terus menaip.Sepasang tangan ligat menaip memberi sokongan dan motivasi.Sementara sepasang lagi turut menaip membenarkan setiap ungkapan dan kata2.
Amira dan saiful menghabiskan masa setengah jam mereka bersama.Amira merupakan seorang gadis melayu yang menetap di Amerika Syarikat .Bapanya dihantar ke sana atas urusan kerja selama 5 tahun.Amira sekeluarga terpaksa mengikuti bapanya kesana .Ini bermakna,Amira juga terpaksa menempuh kehidupan social barat yang meruncing dan menjelekkan. Malangnya,berlalunyaSetahun disana,Amira merasakan dirinya semakin jauh dengan Allah,semakin jauh dengan ajaran islam.Sedangkan dulu dia juga pernah bersekolah agama dan menerima tarbiyyah sprt mane yg diterima oleh falah dan saiful.Amira hanya sempat mengenali falah dan saiful sehingga dia berada di darjah 6 sekolah ren agama mansoura.Selepas itu dia dan keluarganya berpindah ke US.Ketika itu falah merupakan Ketua Pengawas,sedangkan amira pula Penolong Ketua Pengawas di sekolah.
Hubungan mereka berdua menjadi semakin rapat apabila email berunsur nasihat yg dihantar falah kepadanya diterima baik oleh amira.Email itu dihantar oleh falah,setelah dia membace luahan hati amira di blognya.Ketika itu,falah hanya ingin memberikan kepadanya semgt dan kekuatan untuk terus berjuang di bumi asing dan tidak patah semangat.
,Hari demi hari ,minggu demi minggu ,falah dan amira semakin kerap berbalas email.Kadang kala mereka ‘chatting’ bersama dan saling memberikan semangat diantara satu sama lain.sehingga akhirnya,
‘Amira,mmm…errr..’..
‘kenapa falah?,awk nak ckp sesuatu pd sy?’
‘sebenarnya sy,…sy sygkan awk,’.
‘falah..’
‘amira..
‘ye amira,semakin lame sy mengenali awak semakin ceria dan bahagia hidup sy.Tidak pernah sy merasakan kebahagian dan kegembiraan ini.Walaupun pd zahirnye mungkin awk katekan darjat kite berbeza,dan kehidupan kita berbeza,tp sy tetap dpt rasekan awk memang tercipta untk sy’
Akhirnya perkara itu berlaku juga walaupun pd asalnya falah antara org yang paling menolak percintaan sebelum perkahwinan.
‘tapi falah..bukankah awk yg mengatakan pada sy,islam tidak pernah membenarkan perhubungan diantara lelaki dan wanita tanpa sebab,mane mungkin kita meneruskan perhubungan percintaan ini falah’
‘mira,,,,awk tidak syg pd sy,langsung tiada perasaan pd saya??’
‘err,falah.’
‘.Sebenarnya sy pun dah lame menyimpan perasaan pd awak.Tapi,sy takut kalau sy luahkan pd awak ,awk akan tinggalkan sy kerana prinsip awk.Saya takut kehilangan awak,sy sngt2 takut falah.Awak yang telah membawa sy kembali kepada kehidupan asal sy.Awak pun tahu bertapa sensaranya sy berada di bumi asing ni.Tatkala sy lemah,awk la yg selalu member harapan kpd sy.Lebih dr segala galanya.
‘sy pun tak nak kehilangan awk mira.Awk sendiri akui,selame perhubungan kite,awak semakin dekat dgn Allah.Jd,tiade salahnye kite meneruskan perhubungan ini.Lgpun,jarak antara kite berdua mana mungkin menyebabkan kite terjerumus dlm lembah yg hina.
Semenjak detik ini,mereka berdua semakin rapat.Falah seringkali ke makmal computer untuk menghantar email kpd amira.Sahabat2 falah yang lain turut merasai perubahan pd diri falah.Terkadang emosinya tidak dpt diduga oleh rakan2nya.Adakalanya falah begitu mesra dan gembira tatkala bersama rakan2nya.Pada mase yang lain pula,falah muram sepanjang hari sehingga kadang2 menganggu rutin kehidupannya.
Perkara ini amat dirasai oleh sahabat baiknya saiful.Sehinga akhirnya falah sendiri yang menceritakan padanya apa yg sedang berlaku.Harapan falah agar saiful menyokongya.Namun,semuanya bercanggah skali.Sahabat baiknya itu tidak langsung ingin memahami dirinya.Tidak langsung ingin menyokong kerja dakwah yg dilakukan nya.
‘saiful,ana rasa tak salah apa yang ana lakukan .Kami berdua tidak pulak melakukan zina.Kami berdua sekadar menasihati dan memberi semangat di antara satu sama yg lain.Perubahan dirinya juga adalah kpd arah kebaikan.Ana rasa sungguh gembira dgn apa yg ana telah lakukan.Ana menganggap ini salah satu dari ‘dakwah’ ana.’
Masih jelas difikiran falah setiap perkataan yang diungkapkannya pada saiful.Harapan untuk mendapat sokongan dari sahabat rupa2nya angan2 yang tidak kesampaian.Baginya,dakwah saiful terlalu jumud.
Malam itu kelas prep seperti biasa.Falah tidak lagi duduk bersebelahan bersama saiful seperti kebiasaanya.Begitu juga dihari2 yang lain.Bahkan,disetiap mesyuarat yg melibatkan mereka berdua,falah pastinya akan mencari alasan untuk tidak hadir.Wajah saiful hanya menimbulkan rasa sakit hati yang mendalam kpdnya.
Hari2 mereka berdua berlalu dalam keadaan yang terlalu asing.Ikatan 10 tahun antara mereka sangt2 kuat.Kedua2 mereka juga merasakan bertapa pilunya tatkala berada keseorangan.Falah selalunya mmencilkan diri,manakala saiful bersama dengan halnya sendiri.Setiap kali dihati masing2 ingin bertegur sape.Namun ego lelaki itu diexploitasi dengan baik oleh syaitan.Kadangkala saiful cube memecah suasana dan menghulur salam penuh kemaafan,namun saiful tidak memberikan respon.
Percanggahan antara mereka berdua berterusan.Perjalanan kempimpinan sekolah juga menjadi tidak lancar.Selaku pengerusi badar,falah semakin lalai dalam melaksanakan tanggujawab,kesinambungan pengurusan badar dan nuqaba’ menjadi tidak teratur.Aktiviti2 yang melibatkan kedua2 organisasi tersebut tersangkut dek kerana dua jiwa yang sakit.Sakit kerana ukhuwah yang selame ini dipupuk telah kusut dan surut takungannya.
Disudut hati falah,die tetap yakin dgn ‘kerja dakwah’ yg dia lakukan.Semua ini tiada salahnya dalam agama.Pelbagai persoalan disusuli dengan jawapan yang menyenangkan hatinya sendiri.Cinta ini baginya suci.Cinta dan dakwah mampu bersatu bersama ikhlas dan matlamat yang jelas.Kerana cinta inilah yang akan melembutkan hati manusia.Cinta yang dipupuk olehnya kepada amira telah membawa kekasihnya itu dekat pd tuhan.Cinta itu telah membuka ruang tazkirah pd hati kekasihnya.
Hari semakin hari falah semakin kerap ke makmal computer sekolah.Disana satu2nya tempat yang memberikan kemudahan internet kepada pelajar2.Kadang2 falah tidak hadir ke kelas kerana ingin ber’chatting’ dengan amira.Tatkala ditanya kemana hilangnya dia.Falah mengelak dan memberi jawapan sebaliknya.Sehingga terkadang melanggar prinsipnya untuk tidak menipu.Falah kerap termenung di dalam kelas,berseorangan dan mendiamkan diri.
Falah tidak lagi seperti dulu.Musolla bukan lagi tmpat untuk berjumpa insan bernama falah.Falah juga sentiasa mengelak untuk kehadapan hatta die merupakan ketua badar sekolahnye.Pelbagai kerja badan oraganisasinya terganggu.Bahkan,usrah yang dipimpim olehnya juga tergendala.Sehingga hampir bberminggu sessi usrah tidak berjalan.
Alasannya?
‘ana sibuk’
Masa terus berlalu,Sahabat2 sekelilingnya semakin merasai perubahan itu.Untuk merasai kehadiran falah didalam sekolah amat sukar.Namun begitu,peribadi hebat ini dirasai kehilangannya.Tapi disudut yang lain,apa yang terpendam dan apa yang terjadi padanya hanya Saiful dan Tuhannya sahaja yang tahu.
Hubungan dingin antara mereka berdua masih belum reda.Walaupun mereka sudah mampu bertegur sapa.Tetapi didalam hati masing2 masih merasakan satu tembok yang sangat besar.Seakan ada sesuatu yang menghalang setiap kalam yang ingin dibicarakan.Saiful menyedarinya.Saiful juga mengetahui disebalik apa yang berlaku pada sahabatnya falah.
-------
Sehinggalah hari itu,
Malam , bulan mengandungkan cahaya yang sangat banyak.Bersinar-sinar cahayanya menerangi kegelapan.Falah baru sahaja selesai menyiapkan beberapa kerja sekolah yang tertangguh.
maka!..
tiba2...
penulisan si penulis ini pun tertangguh2 ..=),dek kerana mase yg terbatas,tp sbb da tade post sngt,letak la ape yg ade dulu..hehe,mara ke? sorry ye .wallahu'alam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
salam..
ceit! ade sambungan ke!
hahha~tak mara2.
cecepat sket post smbungan cite eh!
heee~ :)
P/s: falah is my brother's name. hik3 ^_^
saye berasa geli..
mm..tgk la kalo ade kudrat cik murni izar,..
isya ,
agak2 yg part mane yg geli tue ?.hehehe.:)
wallahualaam,smoge bermanfaat hendaknye..
berkarya?!!!
part mana? banyak....
1. "Sehelai not rm50 dicampakkan falah kepada saiful."
---- apahal mamat ni...takde duit ke...50 je?
2.‘Amira,mmm…errr..’..
‘kenapa falah?,awk nak ckp sesuatu pd sy?’
‘sebenarnya sy,…sy sygkan awk,’.
‘falah..’
‘amira..
---- fewit...
3. "Awak yang telah membawa sy kembali kepada kehidupan asal sy.Awak pun tahu bertapa sensaranya sy berada di bumi asing ni.Tatkala sy lemah,awk la yg selalu member harapan kpd sy.Lebih dr segala galanya."
----fuhyjo!
hahah. tp xpe...truskan. bes baca..
teruja ade org mengkaji penulisan compang camping nih..:)
to i-sya..pembaca yg bace pun geli,inikan pula penulisnye..lg terase 'kegeliannya'..
tp..
itu la realiti yg berlaku di sekeliling kite..:)cube same2 kite check it out~
salam...anda...postla smbungn dier..nk tau the end dier cmner...eheee..peace..
Post a Comment