Tuesday, May 20, 2008
pejamkanlah aku
Pejamkan lah mata Ini wahai tuhanku.
Hari ni sungguh meletihkan,
Hari2ku telah pasti letih seperti ini,
Aku sudah biasa denganya,
tidurkan lah mata ini tuhanku.
Jam terus berlalu,
Hati terus berlagu,
Mataku terus menunggu,
Pejamkanlah mataku tuhanku.
Mengapa sukar benar ?,
Aku ingin bangun qiam,
Mampukah nanti sujud dan rukuk dgn mata yg terpejam?
Mustahil,mana mungkin.
Pejamkanlah ia sekarang tuhanku
Satu sudah lelap,hilang sudah hilai tawanya,
Satu masih berjaga berbuku dimalam,
Selebihnya sudah dibuai mimpi.
Sudah 2 jam,
Aku belum terpejam,
Dari mana tenaga ini sehingga sukar benar ia.
Eh,tidak..mataku sudah terpejam,
Benar!sudah terpejam.
Aku pasti!
Apa lagi?owh..hati.
hati masih lagi disini.
Memikirkan sesuatu.
Merenung sesuatu.
Apa mungkin kurangya ilmu ,aku masih tidak mampu memahami?
Atau syaitan sebenarnya yang mengangguku?
Atau aku sendiri yang tidak ingin memahami?
Apa sebenar dalam hatimu?
Apa mungkin lakonanku membuatkamu mnjadi pembantu layar?
Atau ada halangan disebalik tirai langsir itu?
Engkau menjaga sesuatu?
Engkau memelihara sesuatu?
Tenangkan lah aku,katakan aku tiada dihatimu.
Katakan sahaja engkau membenciku.
Aku rela bersama duka yg dalam,
Dari meniti hari2 yang tidak mampu membuatkan ku terpejam.
Pejamkanlah aku,sejurus tangan ini dialih dr kekunci.
Andai kau nanti terus pejamkan aku,
Izinkan mimpi terindah ntukku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

1 comment:
hurmm..bole terangkn sket x
psal sajak nih..
xbrapa phm..
Post a Comment