Saturday, December 29, 2007

Embun embuN cinta


music player



embun-embun cinta


Pagi itu tidak seperti pagi-pagi yang pernah dilalui oleh Iwan.Langkahan kaki Iwan berat seumpama gunung diatas nya.Perlahan,sedikit demi sedikit Iwan gagahkan juga untuk menerima segala yg telah berlaku.Ada suatu tempat yang ingin ditujunya pagi ini.Nafas iwan terus membenarkannya.Senafas demi senafas menangisi semua ketentuan.Kaki mengakui,ia akan berjalan seorang diri selepas ini.Tangan juga turut serta,tiada lagi gengaman padanya,tiada lagi pimpinan padanya.Ia akan berjuang sendiri bersama cebisan kenangan dahulu .Iwan meneruskan langkahan suram itu.Sedar tak sedar ,iwan telah berada dihadapan sebuah rumah yang ditujunya.Jika dulu pasti senyuman yang dibawa bersama ,kini tiada lagi.Hanya titisan air mata yg mampu dihadiahkan pada ziarahnya hari ini.Pintu pagar usang itu masih teguh berdiri..

Lantas satu memori..

‘iwan,apa lagi tercengat kat situ.Marilah masuk.Kami semua dah tak sabar lagi ni’pekik Aiman.

Iwan teringat peristiwa di hari lahir Aiman.Hari itu,Aiman mengajak semua rakan2nya meraikannya bersama di rumahnya.Semenjak kecil Aiman tinggal bersama neneknya.Neneknya ibu dan juga bapa kepadanya.Ibu Aiman meninggal dunia tatkala mempetaruhkan nyawa untuk memberikannya wajah untuknya didunia ini.Manakala ayahnya ,seorang askar Tentera Udara Diraja meninggal dunia ketika usianya baru mencecah 2tahun.Ayahnya terlibat dalam kemalangan ketika misi menyelamatkan mangsa banjir di semenanjung Malaysia suatu masa dahulu.Semenjak itu hanya pada neneknya tempat aiman mengadu.Hanya pada neneknya aiman mencurahkan kasih sayang.Sehingga Aiman digelar ‘anak nenek’ oleh rakan2nya.Tapi,aiman tidak memperdulikanya .Baginya neneknya adalah segala-galanya.

‘Ok,satu dua tiga’.Hilmi memecah suasana.‘Selamat hari jadi,selamat hari jadi..selamat hari jadi Aiman,selamat hari jadi...’

Memori itu masih segar di ingatan Iwan.Iwan mengesat air mata yang seakan tidak mahu berhenti itu.Iwan tidak mahu kesedihan itu terus membelenggu dirinya.Pagar usang itu dibukanya menggunakan anak kunci yang diberikan pakcik Hanif kepadanya semalam.Perlahan-lahan ia meneruskan langkahan ke pintu rumah Aiman.Pintu biru itu sama seperti dulu,tapi kali ini bukan lagi wajah Aiman yang menghiasi disebalik pintu biru itu.Sebaliknya iwan sendiri yang akan membukanya pagi ini.Walaupun begitu ,anak kunci juga seakan bersedih bersamanya.Ia juga tidak membenarkan iwan untuk memasuki rumah itu.Atau mungkin ia ingin mengingatkan iwan pada sebuah kenangan?

‘alamak iwan,ana terlupa bawak kunci la.Ana taknak kacau nenek ana,mesti nenek ana tgh tidur sekarang ni.Tapi takpe,ana ada idea .’

Aiman memang terkenal dengan kepintaranya.Tidak kira sama ada didalam pelajaran ataupun perkara2 lain.Aiman sentiasa ingin menjadi yang terbaik.Itulah Aiman,seorang yang tidak pernah menunjukkan duka atau sedihnya pada mereka disekelilingnya.

Ia akan tetap cuba untuk menggembirakan sesiapa sahaja walau apa keadaannya.

‘Anta amik kayu panjang tu,ana pergi belakang kejap’ujar Aiman ringkas ketika itu.

‘ok,bagi ana kayu panjang tu.Anta tunggu sini sekajap jer.Ana ada misi yang perlu diselesaikan,hehehe.’

Sedikit senyuman terukir diwajah iwan mengenangkan senyuman dari sahabat baiknya itu.Namun,tak mungkin senyuman itu akan menghiasi lagi hari2nya akan datang .

‘Taraaaaaa,Iwan !iwan!sinilah..!.Dah boleh masuk dah.Cepatlah !Ana dah tak sabar nak balas dendam game kita ni.’

Teringat juga Iwan pada kehebatan aiman didalam bolasepak.Semua kenangan itu terus menghentam jiwa Iwan.Aiman sangat meminati bolasepak.Sekirannya dia tidak berpeluang untuk bermain dipadang bersama rakan rakanya yang lain,Iwan akan menjadi temannya untuk bermain video game bolasepak bersama.

Kenangan itu masih segar,segar bersama segarnya embun dipagi yang mendung itu.Iwan kembali mencuba sekali lagi untuk membuka pintu rumah Aiman.Kali ini usahanya Berjaya.Kesukaran itu mungkin kerana pintu ini sudah lama tidak dibuka semenjak setahun yang lalu.Semenjak perginya Aiman bersama impiannya,tiada siapa sanggup menahan air mata tinggal bersama2 kenangan2 dirumah ini.Hari ini genaplah setahun Aiman meninggalkan rumah ini,meninggalkan sekolahnya,meninggalkan kasut bolanya,meninggalkan segalanya…Hari ini juga genaplah setahun Aiman meninggalkan sahabat karibnya Iwan.

Selangkah demi selangkah Iwan berjalan didalam rumah itu,suasana kesedihan masih dirasai.Setiap sudut dirumah itu mempunyai kenangannya dan ceritanya sendiri.Bukan Iwan tidak mahu mengingatinya,tetapi sebak dihatinya tidak mungkin dapat ditahan jika dia terus mengungkap kembali memori2 silam bersama Aiman.Iwan terus melangkah ke bahagian atas rumah sambil cuba memadamkan setiap kenangan itu.

Namun,Rindu Iwan pada Aiman tidak mampu dibendung lagi.Air matanya kembali bercucuran tatkala melangkah masuk ke bilik Aiman.Barang2 kepunyaan aiman masih tersusun rapi disitu,seakan baru semalam aiman meninggalkan bilik itu.Kelibat Aiman disetiap seudut bilik itu juga amat dirasai Iwan.Iwan mencapai frame gambar diatas meja bilik Aiman.Saat kenangan didalam gambar itu dirakam masih jelas diingatan Iwan.

‘wan!,cpt2..nanti burung tu lari,melepas la peluang ana nak bergambar dengan dia’.

Aiman sgt sayangkan binatang2 terutamanya kucing dan burung.Mungkin kerana Aiman anak tunggal didalam keluarganya,apatah lagi Aiman kehilangan kedua2 orang yang disayanginya.Tapi,itulah aiman tidak pernah menunjukkan kesedihannya,,walaupun pada Iwan.Sahabat karibnya semenjak mereka kecil lagi.Kenangan itu segera iwan padam.Frame gambar tadi diletakkanya semula ditempatnya.Lantas,Iwan melihat sebuah kotak kecil di tepi katil Aiman.Ia hanya sebuah kotak.Kecil,tertutup rapid an tiada sebarang yang luar biasa pada rupa parasnya .Tiada apa yang istimewa padanya.Cuma,untuk iwan,Aiman pernah berpesan padanya..

‘Iwan,nanti kalau ana pergi dulu ,anta bukaklah kotak ni.Ana ada hadiah untuk anta’

‘Ish anta ni aiman merepek jer.Dah2,nak cari alasan kalah game bola tadi ker?Dah2,Jom kita sambung’

Ketika itu,Iwan merasakan aiman sekadar bergurau.Tetapi,kini tidak lagi.Kotak kecil tadi benar2 berada disitu.Ia masih kemas dan tertutup rapi.Walaupun sudah berkali2 pakcik Hanif menyuruh iwan membukanya ,tetapi iwan tetap berdegil.Baginya saat terbaik untuk itu belum tiba.Kerana Iwan tidak mampu melihat apakah isi kandungannya.

Namun,hari ini,Iwan bertekad untuk membuka kotak itu setelah setahun berlalu semenjak senyuman terakhir diukir Aiman untuknya.Dua tiga kali Iwan beristigfar agar terus dikuatkan hati untuk menerima apa sahaja isi kandungan kotak kecil tersebut.

‘bismillahirrahmaniraahim’

..Sedikit demi sedikit penutup kotak itu dibuka Iwan.Sebuah kain putih menutupi isi kandungan kotak tersebut.Iwan mencapai kain tersebut dan meletakkannya diatas katil.Kelihatan sebuah buku diari kecil berwarna biru dan beberapa helaian kertas terselit padanya.Iwan kembali bertanya pada dirinya.Tidak pernah pula iwan melihat aiman menulis diari ketika bersama2 dgnnya dahulu.Bagaimana boleh ia berada disini.Kemudian,iwan mengambil diari tersebut bersama helaian2 kertas itu.Pelbagai soalan pantas bermain2 di fikiran Iwan ,inikah yang ingin dihadiahkan aiman padanya?Inikah yang aiman ingin berikan pdnya?

Iwan kembali merenung kepada diari kecil itu.Helaian surat tadi diletakkan di atas meja terlebih dahulu.Iwan membuka sehelai demi sehelai diari kecil itu.Rupa-rupanya,Aiman telah menulis diari ini semenjak ia tingkatan satu berdasarkan masa untuk tulisan pertamanya.Namun diari ini berbeza.Sangat berbeza.

Selepas beberapa ketika,sepasang mata yang tadinya telah berhenti menghujani pipi.Kini kembali mendung.Kelopak air mula dirasai iwan.Setitis demi setitis air itu berderai.Tidaklah dapat lagi Iwan menahannya tatkala menyoroti isi2 kandungan diari tersebut.Semakin iwan menyelak helaian muka surat tersebut,semakin laju deraian air matanya.Iwan memang seorang yang sukar untuk menangis.Baginya menangis bukanlah tabiat sesoarang lelaki.Tetapi kali ini,iwan membiarkan air itu terus menerus membasahi pipinya.Sehingga tempiasnya juga dirasai awan.

Awan juga seakan bersamanya.Tiba-tiba pagi yang tadinya mendung,kini sedikit demi sedikit menangis bersama iwan.Awan juga ingin menangisi Isi kandungan diari kecil itu kerana ia cukup untuk menceritakan kepada iwan segala galanya.Inilah Aiman,seorang insan mulia yg dikandungi dunia suatu masa dahulu.

‘Aiman,kenapa aiman?kenapa kau membiarkan dirimu menanggung semua ini?tidakkah itu terlalu berat bagimu?kau hanyalah seorang manusia biasa.Hambanya.Pesuruhnya.Kau juga seperti aku,seperti rakan2 rakanmu.Kau juga berhak untuk menerima kasih sayang.Kau juga berhak untuk memberikan kasih sayang.Mengapa tidak kau lepaskan lelahmu sedikit padaku?...’

Iwan tertunduk kaku.Seluruh pancainderanya seakan tertumpu pada diari kecil itu.Tiada ruang untuk pengerakan anggotanya walau seinci.Hati yang sebak itu sudah cukup untuk memberhentikan segalanya bahkan juga kerdipan matanya buat sementara waktu.Semuanya tertumpu kpd abjad2 dan nombor2 di helaian diari itu..Ia sangat menyentuh hati kecil Iwan seperrtimana kecilnya juga diari itu.Aiman yang disangka amat dikenalinya,rupanya bukanlah serpertimana Aiman yang sentiasa tersenyum sepanjang bersamanya.Terlalu banyak coretan2 derita dan duka yang dirakam Aiman di diari kecil itu.Sedangkan terlalu sedikit sudut kegembiraan di setiap ruangan diari tersebut.Hanya air mata yang mengiringi helaian2 derita yang dibaca oleh iwan.Disitulah kerinduan pada kedua ibu bapanya diluahkan,disitulah kesesakannya pada kehidupan dunia di coretkan,disitulah segala galanya yg tersirat pdnya dirakamkan.

Hanya apabila disitu,hati Iwan terpaku kpd sesuatu…

-------------------------------------------

Khamis,11/11/1995'I

Ira,Hari ini aku sangat gembira.Malam tadi mimpiku dihiasi olehmu.Aku tahu satu hari nanti pasti kita akan bertemu juga.Aku tahu selagi cintaku adalah untukmu,selagi cintaku ini adalah untukmu .Pasti!pasti kita akan bersama jua nanti..sabarlah cintaku..

Aku tak'….

----------------------------------------

Iwan tidak meneruskan pembacaanya.Ira?Iwan terkejut.Siapakah ira yang Aiman maksudkan?Semenjak bersahabat dengan Aiman,Aiman merupakan seorang yang sangat menjaga perhubungannya dengan akhawat .Bagi mereka yang tidak mengenali Aiman,pasti mereka mengatakan aiman seorang lelaki yang tidak berperasaan.Sedangkan bercakap atau behubung dengan akhawat pun Aiman sangat menjaga batas batasannya,inikan pula Aiman bercinta.Iwan terus membiarkan ia menjadi persoalan dihatinyaIwan kembali kepada helaian2 awal didiari kecil itu.Ada sesuatu yang perlu Iwan yg masih tersembunyi.

------------------------

Jumaat,3/2/1995

`Hari ini hari yang sangat penat bagi diriku.Aku baru pulanG dari menamatkan kursus yang di anjurkan oleh Persatuan Pelajar Muslim Malaysia (PPMM).Aku bersamA Iwan menjadi wakil untuk university kami.Alhamdulillah,banyak perkara baru yang aku belajar.Cuma,hari ini,aku rasa sesuatu yang pelik.Aku pun tak tahu kenapa.Bila aku pulang ke rumah aku rase ade sesuatu yg kehilangan..hmm..biarlah mungkin kerana program itu best kot.Rase rugi kalau tinggalkan?tul tak?oklah aku tido dulu.Besok aku cerite lagi .ok?nanti nenek maraa..hehe'

------------------------------------------

Sedikit senyuman terukir diwajah Iwan.Aiman memang seorang yang sangat riang dihadapan rakan-rakannya.Aiman sentiasa tersenyum dan cuba memberikan senyuman kepada rakan-rakannya juga.Melihat kepada helaian itu,Iwan teringat akan program tersebut.Dia dan aiman diminta oleh university untuk menjadi wakil mereka didalam program itu.Ia berupa seminar atau kursus yang disertai oleh wakil2 terpilih dari kalangan pelajar muslim di seluruh university diMalaysia.Program tersebut berobjektifkan halatuju mahasiswa dan mahasiswi di university di seluruh Malaysia.Di program itu juga Aiman telah dilantik menjadi ketua bagi wakil dari pihak lelaki .Iwan meninggalkan kenangan itu sebentar.Iwan kembali menyambung pembacaannya..--

------------------

Sabtu,4/2/1995

`Hari ni aku cuti,dptlah aku berehat skit.ok,hari ni aku nak cite ape ye? ..haa.,pasal program tu nak?ok.Dalam program tu,aku diamanahkan untuk menjadi ketua bagi wakil2 dari setiap university untuk pihak lelaki.Dan ketua untuk wakil pihak perempuan pun ade jugak.Tapi aku dah lupe name die.heheh.. aku panggil dia adik jer,sbb dia muda 2 tahun dari aku.macam mane pun usianya tidak membuktikan langsung kematangannya.Dia memang banyak menolong aku dan aku rase senang sangat berkerja dgn dia.Banyak idea2 kami hampir serupa.

'Alhamdulillah.Iwan pun ade sekali bantu aku.Cume,selepas ini aku akan banyak berkerja sama dgn dia dlm beberapa program follow up yang perlu kami lakukan.Aku memang tak biasa dgn perempuan,tp terpaksalah buat2 mcm biase..hehehe.Semoga kami terus dipelihara dalam mencari redhaNYA.

`Ya Allah,kuatkanlah hati hambamu ini dan permudahkanlah didalam setiap urusan ..’

-------------

Rabu,4/4/1995`

'Slm diari,hari ni hari yg ceria untuk aku.Mesyuarat wakil wakil PPMM berjalan dengan lancar.Alhamdulillah aku dapat memperngurusikan majlis dgn baik.Nasib baik Syahiera bantu aku.Aaaa,die ni la yg aku cakap dulu tu.Name die Syahiera,dia ketua bagi wakil2 PPMM perempuan.Berkerja dgn dia senang sangat.Tapi,kau jgnla risau.Aku tetap jaga batasan2 antara aku dengan dia.Tp tu la,kalaulah die takde sekali tadi.Susah jugak aku dibuatnya.Terima kasih ira.Sini je la aku bitau die.hehe.’

'Hari ini juga…’

------------------------

Tersedar Iwan kehadiran Syahiera.Syahiera merupakan ketua bagi wakil2 untuk perempuan ketika di seminar yang dianjurkan PPMM dulu.Mungkin ini Ira yang dimaksudkan oleh aiman?.Sekali lagi persoalan terus bermain di fikiran Iwan.

Iwan terus menyelak helaian2 seterusnya untuk mencari jawapanya.Anak matanya ligat meneliti setiap isi kandungan diari itu.Ada sesuatu yang dirahsiakan aiman daripadanya.Sesuatu yang mungkin menjadi bebanan untuknya sebelum ini.Mungkin juga sesuatu yang menjadi kebahagiaanya sebelum ini.Iwan menumpukan pada tulisan2 dan coretan2 yang berkaitan dgn Syahiera.Mungkin ada jawapan padanya.

--------------------------------------

Sabtu,18/5/1995`

Alhamdulillah,malam ni aku dpt bercerita lagi.nak dengar tak?Semalam kami dapat tempahan lebih kurang 1000 biji badge islamic dari beberapa buah university.Mulanya,aku ingat sambutan tak menggalakkan sbb tempahan pada aku 200 lebih je.Tp,Syahiera call pg td.die kate pada dia ade tempahan dalam 600 lebih batch dari beberapa buah sekolah2.terkejut jugak aku,tak pernah pun dia cakap untuk buat tempahan disekolah2.Syahiera..die ni memang pelik2 laa..hehe..tak kisahlah yang penting duit masuk kan?..untuk buat program akan dtg la..tp,kesian la kat dia,mesti dia penat..ahhh,sape suruh..hihih’

'mmm..walaupun aku gembira dgn tempahan tu .tapi,aku rindu kat mak ngn ayah.kenapa mak ayah pergi terlalu awal.Aku tak sempat nak merasai kasih sayangmu ibu ,baru aku ingin bermanja denganmu ayah.Ayah tahu tak,walaupun eman dah besar,tp eman tetap perlukan ayah.Eman nak tgk ayah tersenyum dgn pencapaian eman dlm pelajaran,mcm kawan2 eman yang lain.Ibu..kau telah menggadaikan jiwamu untukku,tp aku ingin lebih dari itu ibu..aku ingin pelukanmu,aku ingin masakkanmu ibu..tp,aku tahu,aku tak mampu..’

`ayah ibu aku rindukan mu..’

---------------------------------------------------------
Selasa,12/6/1995

`Pagi tadi aku dpt beriadhah ngn kawan2 aku.Seronok dpt main ngn diorang ,setelah lame asik bergelumang dgn kerja2 n assgiment2..dapatlah jugak aku golkan dua tiga biji..hihih..moga lepas ni Allah bagi lagi peluang kat aku untuk meluangkan mase dgn diorang.’

Tp,`Hari ini Ira sakit..aku pun tak tahu kenapa aku turut merasai sakitnya,katanya dia demam panas dia tak mampu nak selesaikan tugas2 yang aku berikan pada dia.masa dia cakap pada aku yg dia sakit,aku mcm nak pujuk dia je.tp,aku tetap ingat pada pesan Ust KamaL bahayannya perempuan didalam perjuangan seorang pendakwah.Pujukan itu adalah pujukan syaitan selagi antara dua orang lelaki dan perempuan itu tiada sebarang hubungan yang sah.

Jd,aku pun just suruh die berehat jer tanpa aku zahirkan kebimbangan aku.aku takut itu akan menimbulkan masalah hati antara kami berdua dan akan menimbulkan masalah2 yang lain.’

------------------

Rabu,24/6/1995

‘Ira masih lagi sakit,dua perkara yang aku risaukan.pertama,kerja2 yang masih belum selesai dan kedua ttg kesihatanya.Kesihatannya lebih aku bimbangkan. ..aku..’

------------------

Iwan termenung dan cuba mengimbau kenangan lalu. Ketika itu,Syahiera adalah pelajar tahun 3 perubatan di Universiti Mancoura.Sementara itu dia dan Aiman pula,pelajar tahun 5 di university yang sama.Seingatnya aiman tidak pula selalu sebut-sebut nama Syahiera dihadapanya atau dihadapan siapapun kecuali dalam urusan kerja atau sebagainya yang memerlukan.Aiman bukanlah jenis seseorang yang mengambil berat tentang hal-hal berkaitan akhawat.Memang ramai akhawat yang meminati Aiman ,tetapi bagi Aiman biarlah masa sahaja yang menentukan.Setiap kali rakan rakanya bertanyakan hal2 yang berkaitan kahwin dan sebagainya,Aiman sentiasa mengelak.Kerana itulah ia di gelar `anak nenek’.Hanya neneknya satu satunya wanita yang mampu membelai dan memberi kasih sayang pada aiman.Tidak selain itu.

Tetapi,mengapa terlalu banyak kisah Syahiera di diari kecil itu.Iwan masih mencari hulu dan pangkalnya.

-------------------

Sabtu,2/8/1995

‘Ya Allah,ampunkahlah aku, aku tidak mahu hati ini sentisa menduakanmu ya Allah.Ya Allah hati ini tidak ingin membalikkan cintamu selainnya ya Allah.Ya Allah,kenapa hati ini sentiasa mengingatinya ya Allah.Aku takut ia akan melupakanku pdmu ya Allah.Ya ALLAH ,sekirannya ia bukan milikku,kau biarkanlah dia pergi bersama pilihan hatinya ya Allah.Sekirannya ruang yang ku buka ini untuk mengenalinya membuatkan aku semakin jauh darimu,tutup lah ia kembali ya Allah.Tutuplah ia kembali.

Diariku,hari ini aku telah melakukan kesilapan besar.Aku sendiri tidak langsung ingin memafkan diriku.Akhirnya perasaan yang selama ini ku pendam,telahku luahkan padanya tanpa kusedarinya .Aku sendiri tidak tahu kenapa.Tetapi,semakin aku mengenalinya.Semakin itu juga aku merindui dan mengingatinya.Aku terlalu takut untuk kehilanganya,tetapi tidak mungkin pula untuk aku bercinta dengannya.Itu bukanlah aku.Aku tahu pasti ramai yang ingin memilikinya.Aku tidak sukakan pertarungan ,aku tidak sukakan persaingan,tetapi aku pasti akan sakit jika aku kehilangan.Aku juga tidak mahu kehilangan cintamu didalam mencari cinta ini.Engkau tahu,dalam seribu wanita yang ku kenali,tiada yang serupa denganya.Perasaan ini hadir tanpa ku pinta,.

Namun aku juga tahu,aku hanyalah insan biasa.Tiada yang istimewa padaku.Aku hanya ada seorang nenek dan diriku.Biarlah hanya aku yang merasai kehadirannya walaupun dia tidak tahu dan tidak mahu.Tiada apa kebahagian yang mampu aku tawarkan padanya.Siapalah aku disisinya.’

-------------------

Iwan terpaku.Perenggan ini benar2 membawanya kepada jawapan kepada persoalan2 tadi.Iwan narik nafas panjang.Pasti maasih ada sesuatu yang tersirat di helaian seterusnya.Anak mata Iwan ligat berkerjasama dengan jari jemarinya.Helaian seterusnya diselak.

----------------------

Isnin,9/9/1995

‘Hari ini Ira send padaku sebuah email,email yang memberiku harapan didalam sebuah impian.Biarlah sandarkan segalanya pada Tuhan.Lenguh juang aku pasti dapat diringankan oleh kehadirannya.Aku sangat merasainya ketika bersama2 berkerja dengannya.Namun,syaitan pasti turut serta dgn kerjanya juga tanpa ikatan yang sah.Aku mesti melakukan sesuatu.aku perlu lakukan sesuatu’

---------------------------------
Iwan tetap setia untuk mencari jawapan dihelaian seterusnya.Jawapan itu semakin jelas.
--------------------

Khamis,10/10/1995

`Kahwin’,itu pesanan ringkas yang ust kamal katakan padaku.Beliau memang seorang naqib yang memahami anak buahnya.Benar,kahwin adalah jalan terbaik untuk semua ini.Aku seorang pejuang,aku ingin menjadi pejuang.Pejuang bukanlah kalah pada nafsu.Tetapi nafsu itu perlu dipandu oleh seorang yang benar2 berjuang.

'Mujahidah pilihanku,setiakah enti menungguku.Sudikah enti menjadi temanku dalam melayari baki2 suka duka di dunia ini?Sudikah enti berkongsi gembira itu,sudikah enti berkongsi kesedihan itu nanti?’

'Humaira' kesayanganku,berdoalah pada Yang Maha Merancang,mintalah pada Yang Maha Pengasihi dan berserahlah segalanya pada Yang Maha Mengetahui.Allah sangat baik,takkan ia menzalimi diriku dan dirimu.

'bersabarlah kekasihku.. '

---------

Iwan tersentak.
Dalam kehidupan bersama Aiman, Aiman jarang sekali memperkatakan ttg cinta dan kahwin,rupa-rupanya dia pernah berusaha kearah itu dahulu.Iwan cuba membayangkan pada saat dan waktu seperti yang tercatat dihelaian diari itu.Fikiran Iwan melayang sebentar ke waktu silam.


‘Aiman ,kenapa lambat sangat ni.Anta janji nak jumpa ana disini pukul 2 petang tadi,sekrang kan dah pukul 4’?‘
Maafkan ,ana wan.Ana tahu ana kene jumpa anta pukul 2 tadi.Tapi ana ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan.Maafkan ana yer.’

Seringkali juga Aiman memberikan alasan di setiap kelewatan dan ketidakhadiran dia ke beberapa program.Aiman bukanlah seorang yang tidak menepati janjinya,tapi memang seperti di waktu helaian itu ditulis,Aiman kelihatan lebih sibuk dari kebiasaanyanya.Inikah sebenarnya yang berlaku?.Air mata tadi telahpun kering,Iwan semakin teruja untuk membaca helaian seterusnya.

---------------------------------

Khamis,22/10/1995`.

Hari ini ira mungkin terasa hati denganku,kerana aku sering mengelak setiap kali berselisih denganya di alam maya ataupun di dunia nyata,kerana aku takut keredhaan Allah ditarik dari kami berdua. Kerana hatiku terasa sangat dekat padanya walau aku berjauhan dengannya.Inikan lagi apabila aku berdekatan dengannya.Aku menghadkan semampunya hubunganku denganya semenjak itu.Walaupun aku sendiri yg merasakan pahit jerihnya,tp..biarlah,nafsu tidak mampu untuk dimenangi.

'Ira,maafkan ana.Ana bukannya tidak mahu berhubung dengan enti,tetapi ana takut ana tidak mampu menahan kerinduan ana pada enti.Pada setiap senyuman enti.’`Sabarlah dan berdoalah, ana sedang berusaha untuk kehari2 yang pasti .Berdoalah untuk hari2 yang pasti.’

'Alhamdulillah,segala usahaku muLa menampakkan hasil.Hari ini juga pendapatan bulananku semakin bertambah hasil kerja tambahan yang kulakukan selepas waktu kuliah.Moga Allah sentiasa mencurahkan rezekinya padaku akan datang.Aku perlu mencari sumber kewangan yang kukuh,untuk mempercepatkan ikatan sah antara aku dengannya.Walaupun aku sangat2 letih dengan semua ini,tetapi aku tetap yakin.Untuk mencari keredhaaaNya pasti akan ada keletihan dan kepenatan.’

'Ya Allah,permudahkanlah aku..’

--------------------------------------------------

Iwan hanya mampu menggeleng2kan kepalanya.Terlalu besar pergorbanan yang dilakukan oleh insan bernama Aiman.Bergelar seorang pelajar perubatan sudah cukup untuk membebankan seseorang.Inikan pula seorang pemimpin dan cucu pada seorang nenek.Iwan pasti,helaian ini membenarkan apa yang pernah berlaku ketika Aiman masih disini dahulu.

Semenjak seperti tarikh di dalam helaian ini,begitu sukar sekali berjumpa dan menghabiskan masa bersama Aiman selepas waktu kuliah.Ada sahaja alasan yang diberikannya.Sehinggakan,kadang2 Aiman sendiri tersengguk2 diwaktu kuliah seakan tidak cukup tidur dimalamnya.Namun,begitulah Aiman,tidak akan membenarkan sesiapapun berkongsi dukanya bersama walaupun dengan sahabat karibnya sendiri.Baginya,derita biarlah hanya dia yang rasa,bahkan senyuman tidak pernah lekang dibibirnya dikongsi bersama..Namun,masih ada duka yang belum terungkap.Iwan menyambung kembali pembacaan ..

---------------------

Jumaat,2/2/1996


‘Diariku,hari ni aku kalah!aku kalah.Akhirnya sepasang mataku ni menitiskan air sucinya .Email ira semalam memberikan ku luka yang amat dalam….’

--------------------------
Iwan tidak menghabiskan bacaannya,Iwan tidak sanggup untuk menyambungnya lagi.Mungkin dulu ianya hanyalah sebuah berita gembira baginya dan rakan rakan yang lain,tapi sebenarnya pertunangan itu telah memusnahkan segala2 impian yang telah Aiman bina didalam diamnya.Sedikit cahaya kebahagian yang ingin dirasainya,sekali lagi ditarik oleh ya Maha Esa.Impian untuk ditemani oleh mujahidah pilihannya pudar dan kabur begitu sahaja.Benar,Aiman tidak pernah langsung menzahirkan semua itu pada rakan2nya,apatah lagi pada Ira.Langsung tiada riak derita dari seorang yang putus harapannya.Aiman hanya tersenyum dan ketawa di hadapan Iwan dan jugak rakan2nya.
--------------------

Jumaat,7/4/1996

‘Ya Allah,hanya aku kah hambamu ya Allah?.adakah semua ujianmu hanya untuk diriku ya Tuhanku..ujian ini terlalu berat bagiku ya Allah’Aku tidak bersedia dan aku tidak mampu untuknya ya Rahim..’kasihanilah aku ya Tuhanku..’

-----------------

Di helaian ini ,ringkas sahaja coretan aiman.Namun,Iwan mampu mengagak ujian apa yang dimaksudkan AIman.Inilah ujian terakhir untuknya di dunia ini.Senyuman terakhir seorang pejuang.

--------------------------
‘Andainya nyawaku ini hanya disini ya Tuhanku,kau ambillah ia.Aku pasrah segalanya.Hanya Kau yang mampu memberi dan mengambilnya semula ya Allah.Aku berserah segalanya padamu.Mungkin kerinduanku padamu telah diterima olehMu,golongkan lah aku didalam golongan orang2 yang beruntung melihat wajahmu kelak’Hari ini mungkin hari terakhir aku menulis padamu.Esok pembedahan akan dijalankan.Peratus untukku terus menulis untukmu amatlah rendahTetapi aku mengharapkan hatiku sentiasa berada disini.Sentiasa membelai impian yang pernah ku bina dahulu .Sekirannya aku tidak pulang lagi untuk mencontengmu,kau ceritakanlah kisahku ini pada mereka yang memerlukan.Jika tidak,kau bersembunyilah .Biarlah setiap liku2 kehidupanku ini hanya aku dan Tuhanku yg lebih mengetahui..’

-Aiman

-------------------------------------------
Berakhirlah sebuah karangan hidup dari seorang insan bernama Aiman.Iwan tidak mampu menahan lagi sebaknya.Entah buat kali keberapa air matanya kembali bercucuran.Diari kecil itu digenggam erat dan diciumnya beberapa kali.Rasa bersalah terus menyelubungi i Iwan.Rupanya,disetiap senyuman dan tawa rakanya itu,ada derita dan sensara yang ditanggungnya.Aiman memang seorang insan yang mulia.Sehingga di akhir hayatnya juga ia masih terus berkorban demi kebahagian mereka di sekelilingnya.Semua persoalan itu telah terungkai,semua jawapan itu telah ditemui.Ketumbuhan otak yang ditanggungi oleh aiman hanya diketahui oleh rakan2nya ketika mana Aiman rebah sewaktu berada didewan peperiksaan.

Iwan terkenang saat kali terakhir tangannya digenggam erat aiman.

‘Iwan,jgnlah anta bersedih.Hati ana akan sentiasa bersama dgn anta walaupun jasad ana tiada lagi,anta tetap sahabat ana.Jagalah hati ana baik-baik.’

Iwan terkedu..Lantas,Iwan segera mencapai telefon bimbitnya.Masih ada satu jawapan yang belum terungkai..


‘S..ti.. syahie..ra’?

‘doktor pasti..?,teri..ma ka..sih.’

Nokia 8890 itu berderai menyembah bumi.
Iwan yang tadinya berdiri,serta merta terduduk dan tertunduk.

Doktor mengatakan,aiman meninggal dunia bukanlah kerana pembedahan untuk membuang ketumbuhan itu . Ini kerana pembedahan itu hanya mempunyai 5% kemungkinan untuk Berjaya.Tetapi,hembusan nafas terakhir Aiman adalah kerana pemindahan hati yang didermakan olehnya kepada seorang pesakit yang sangat2 memerlukan.Pemilik hati itu kini bernama Sti Syahiera. Aiman meminta doctor merahsiakan perkara ini melainkan setelah Iwan sendiri yang bertanya tentang perkara itu pada satu masa nanti.Iwan tidak pernah membayangkan dan menyangka Aiman merupakan penderma rahsia untuk Syahiera itu walaupun ketika itu jarak pembedahan antara mereka berdua tidaklah terlalu lama.Ini kerana semua sudah tahu Aiman menjalani pembedahan itu adalah untuk membuang ketumbuhan pada otaknya.

Rebah,Iwan pengsan dan tidak sedarkan diri…..

Tiga jam kemudian…

Iwan terjaga.Iwan mendapati dirinya terbaring diatas katil Aiman.Ligat mata Iwan mencari diari tadi.Tiba2 satu suara memecah suasana.

‘abg dah bangun?.abg tak ape2?’

Seorang perempuan 20an memasuki bilik tersebut sambil membawa segelas air ditangan kanannya.Raut wajah perempuan itu amat dikenalinya

‘Aiman…maafkan ana'
‘Aiman..Ana akan jaga ‘hati’mu ini bersama kasih sayangku ,seluruh kasih sayangku....’

‘abg tidak apa2 sayang,terima kasih Sya’.

-akhi
-5:10pg,embun subuh,29 disember 2007